PAGES

WELCOME TO MY OFFICIAL BLOG(~MISSTAURUS93~)

Sunday, 1 April 2012

Detik Pertama Coretanku Sebagai Blogger

Assalamualaikum wbt dan salam ukhuah...


          Bermula dari 2 April 2012,maka bermula juga perjalanan hidup saya yang baru di alam maya ini.Terdetik di hati untuk berjinak-jinak mahu menjadi seorang blogger yang bukan hanya menjurus kepada perihal pribadi saya sahaja sebaliknya ingin berkongsi kepada rakan-rakan tentang info menarik,isu tuntas dan segala hal mahupun panduan berguna untuk dikongsi bersama.Saya bukanlah seorang genius atau golongan cerdik pandai tetapi hanyalah seorang mahasiswi biasa di salah sebuah ipt di utara semenanjung.


         Tujuan utama saya mencipta blog bukan untuk mencari dan mengejar populariti mahupun ranking antara blogger-blogger di luar sana yang jauh lebih berpengalaman daripada saya yang hanya setahun jagung,sebaliknya hanya ingin berkongsi sesuatu kepada semua khususnya kepada sahabat-sahabat pena saya.Secara kebetulan saya menonton rancangan Safiyya di tv9 yang menceritakan perihal blog memberikan banyak manfaat dan menggantikan diari waima diselitkan juga kisah beberapa blogger aktif yang menarik minat saya kearah menjadi seorang blogger juga.Maka bermulalah coretan dan aktiviti saya di laman ini.


Sekian,wassalam....


          

No comments:

Post a Comment

Copyright By Ana Mlya