PAGES

WELCOME TO MY OFFICIAL BLOG(~MISSTAURUS93~)

Wednesday, 4 April 2012

Errr...Panggilan Dari Pihak RTM..??

Nak cerita dan nak kongsi sikit tentang sejarah hidup saya yang xkan dapat dilupakan(kecuali kalau dah nyanyuk la).Tanggal 20 Sept 2003,adalah merupakan hari yang amat bermakna macam mimpi ja.huhu..TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI,TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAW??hanya Allah ja Maha Mengetahui.Detik bersejarah saya terpilih mewakili zon utara bertanding untuk mewakili negeri dalam pertandingan Bintang Kecil RTM 2003.Wahhhh....!!! terkejut bukan kepalang xdisangka pon jadi camni. Nak dijadikan cerita,suatu hari Cikgu Yaakob(Penolong Kanan Pentadbiran yang agak serius) tidak semena2 mempelawa saya dan 3 lagi rakan sekelas ke Auditorium Radio Malaysia Pulau Pinang(MUTIARA FM).Kata beliau saja2 nak mencungkil bakat dikalangan kami untuk bersajak secara langsung di corong radiodan dapat juga tinjau2 suasana tempat tu.Ok Cikgu!slambernya semua menyahut.(xtahu lagi apa nasib kami lepas ni).Kami berpakaian serba ringkas ja sebab last2 niat nak tgok salah sorang dari rakan kami ja yang nak bersajak sangat tu.huhu..Malangnya,sampai ja auditorium tu cikgu suruh kami cuba masuk pemilihan pertandingan nyanyian untuk bintang kecil..hah????terkejut terketar2 dibuatnya kami.Yang sorang rakan lagi tu tersenyum kambing ja disebabkan kami xmahu bersajak akhirnya terpaksa juga mencuba nasib untuk nyanyian(memang kena getah). Masing2 tercengang la kekok la macam2 lagi la perasaan bila kena pilih lagu dan nyanyi secara spontan(dah minus one sendiri masing2 xda..huhu).Malu jugak la tgok orang lain semua pakai baju cantik2 smart2 ada gaya la sikit nak nyanyi.Lain benar dengan kami ni pakai baju sesimple abis dah(haha padan muka sendiri la kan).Semuanya tak diduga tak dirancang.Saya xda pilihan lain melainkan lagu Datuk ct ja yang taw pon.Jadi pejam mata ja la pilih tajuk lagu 'Nirmala'.Apa lagi dangan muka pucat macam mayat redah ja la nyanyi sampai la habis.(fuhh..lega!!).Dah habis semuanya apa lagi pergi serang hendap cikgu la(kalau ya pun nak mencungkil bakat semulajadi spontan jangan buat kami sampai camni...ayat buat cikgu terkelu..hahaha).Xpa la sah berlalu kononnya bagi saya..Tapi dalam 1mggu lepas tu tiba2 dapat panggilan.Lebih kurang macam ni la ayat formal dia "ni nor husna bt mohd bakri ka?kami dari pihak RTM sukacita memaklumkan bahawa adik nor husna telah terpilih mewakili zon utara ke pertandingan bintang kecil rtm bla..bla..bla..",errr macam ngigau ja dengar...!!! xsengaja terjerit sorang2 terkejut sangat..hehe. Keesokannya,heboh la 1kelas dan 1bilik guru hal ni(kenapa cikgu pi bagi taw).xpernah pon aku praktis nyanyi apasal la plak aku yang terpilih.(monolog la sorang2 husna).da masa 2minggu ja sebelum pertandingan diadakan di Auditorium RTM Kedah.Bila pi reheasal tu pihak sana cakap perlu buat sajak,pantun atau syair sebagai pembuka tirai.Terlupa pulak na bagi taw cikgu suruh karang sajak.Tinggal beberapa jam ja lagi bermula,saya pon siap2 la kena hias dengan salah sorang cikgu gak..dah dalam perjalanan nak sampai dah berulah teringat balik hal sejak tu.apa lagi terkial-kial cikgu Yaakob mengarang sajak dalam kereta.(haha..nak buat macam mana dah terdesak).Saya pon pulun la menghafal serta merta.Bila sampai ja sana,tiba giliran saya di atas pentas,terpaku tengok majoriti tempat duduk auditorium penuh.Masyaallah...!!! serta-merta telupa habis sajak yang hafal td.(gelabah dan terdiam).dengan muka xmalu saya terpaksa ambil balik kertas sajak tu kat kerusi stage belakang tuk peserta duduk tu(mati aku tolak markah..huk3).Sambung la balik baca dan nyanyi..haha menjengkelkan!!.Last2 dapat no4 dari 10 peserta(jadi la tu husna macam la hebat sangat kan.hehe).Pihak RTM pilih sampai ni3 ja pi bertanding di RTM Sarawak pulak.(melepas la peluang aku).Pa2 pun bersyukur sebab ni la pengalaman pahit manis saya yang xkan dapat lupa.Trima kasih juga kat Cikgu Yaakob(kalu x kerana beliau xda la aku merasa pengalaman camni,teringat pulak kat cikgu.T_T)
Sekian,wassalam....

Tuesday, 3 April 2012

Pengalaman Pertama Di Kampus 2011

Assalamulaikum wbt.. Di sini,izinkan saya membuka tirai kedua coretan saya untuk berkongsi tentang pengalaman baru dalam hidup saya.Memang tidak diduga saya akan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ipta yang berada tidak jauh dari rumah saya.Niat di hati hendak merantau agak jauh ke negeri lain menimba ilmu tetapi apakan daya rezeki saya di situ juga.Saya terima dengan hati terbuka walaupun bidang yang saya dapat merupakan pilihan terakhir saya dalam senarai upu(huhu..nasib).Jadi,pada pertengahan bulan Mei 2011,bermulalah perjalanan baru saya sebagai mahasiswi.Setelah diberi kunci bilik hostel secara rawak oleh pihak bertugas,saya dan keluarga beria-ria mencari bilik yang terletak di tingkat paling ats dan bilik paling hujung(orang cakap langit ketujuh dan penghujung dunia..huhu..nasib lagi).Memang teruja menunggu roommate2 baru disebabkan saya lah orang pertama jejakkan kaki dalam bilik tu.Tapi saya dikira bertuah sebab dapat roommate2 semua orang utara(tak ada la komunikasi yang saya tak faham nanti). Tapi,yang paling buat saya tak faham mereka membuat "first bad impression" kat saya(mungkin sebab keletihan).Reaksi saya hanya bersahaja dan senyum tanpa banyak bercakap sambil mengemas barang2 saya.Masing2 tak berani bertegur sapa maklumlah masih segan,malu,takut.Keesokannay,bermulalah sesi 'Minggu Destini Siswa' selam 1minggu.Bagaikan 1bulan lamaya dengan pelbagai dugaan dan pengalaman.Kadang2 sampai tak sempat mandi(buat muka slamber ja la xda orang tahu).Yang paling teruk bagi saya ialah setiap hari sepanjang minggu tersebut menjadi orang terakhir yang balik ke bilik seorangan tanpa kawan sebab tak tahu arah balik ke hostel saya(malu tak terkata jadi macam rusa masuk kampung).Nak cerita pasal rommate2 saya semuanya dah jadi happening dan satu kepala.Tak kering gusi dibuatnya ada2 saja perkara yang dapat mengisi kesunyian.Saling ambil berat,tak kedekut makanan(separuh almari seorang roommate saya hanya dipenuhi dengan makanan..untung2),makan dan keluar bersiar2 bersama.Semuanya kenangan mpahit manis bersama.Inilah gunanya sahabat.

Sunday, 1 April 2012

Gambar Saya n_n




Detik Pertama Coretanku Sebagai Blogger

Assalamualaikum wbt dan salam ukhuah...


          Bermula dari 2 April 2012,maka bermula juga perjalanan hidup saya yang baru di alam maya ini.Terdetik di hati untuk berjinak-jinak mahu menjadi seorang blogger yang bukan hanya menjurus kepada perihal pribadi saya sahaja sebaliknya ingin berkongsi kepada rakan-rakan tentang info menarik,isu tuntas dan segala hal mahupun panduan berguna untuk dikongsi bersama.Saya bukanlah seorang genius atau golongan cerdik pandai tetapi hanyalah seorang mahasiswi biasa di salah sebuah ipt di utara semenanjung.


         Tujuan utama saya mencipta blog bukan untuk mencari dan mengejar populariti mahupun ranking antara blogger-blogger di luar sana yang jauh lebih berpengalaman daripada saya yang hanya setahun jagung,sebaliknya hanya ingin berkongsi sesuatu kepada semua khususnya kepada sahabat-sahabat pena saya.Secara kebetulan saya menonton rancangan Safiyya di tv9 yang menceritakan perihal blog memberikan banyak manfaat dan menggantikan diari waima diselitkan juga kisah beberapa blogger aktif yang menarik minat saya kearah menjadi seorang blogger juga.Maka bermulalah coretan dan aktiviti saya di laman ini.


Sekian,wassalam....


          
Copyright By Ana Mlya