~Miss Taurus~
I am quite shy,seldom to mingle with opposite genders and not a talkative person,but it doesn't mean that I'm an arrogant or overbearing person.
Wednesday, 4 April 2012
Errr...Panggilan Dari Pihak RTM..??

Tuesday, 3 April 2012
Pengalaman Pertama Di Kampus 2011
Assalamulaikum wbt..
Di sini,izinkan saya membuka tirai kedua coretan saya untuk berkongsi tentang pengalaman baru dalam hidup saya.Memang tidak diduga saya akan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ipta yang berada tidak jauh dari rumah saya.Niat di hati hendak merantau agak jauh ke negeri lain menimba ilmu tetapi apakan daya rezeki saya di situ juga.Saya terima dengan hati terbuka walaupun bidang yang saya dapat merupakan pilihan terakhir saya dalam senarai upu(huhu..nasib).Jadi,pada pertengahan bulan Mei 2011,bermulalah perjalanan baru saya sebagai mahasiswi.Setelah diberi kunci bilik hostel secara rawak oleh pihak bertugas,saya dan keluarga beria-ria mencari bilik yang terletak di tingkat paling ats dan bilik paling hujung(orang cakap langit ketujuh dan penghujung dunia..huhu..nasib lagi).Memang teruja menunggu roommate2 baru disebabkan saya lah orang pertama jejakkan kaki dalam bilik tu.Tapi saya dikira bertuah sebab dapat roommate2 semua orang utara(tak ada la komunikasi yang saya tak faham nanti).
Tapi,yang paling buat saya tak faham mereka membuat "first bad impression" kat saya(mungkin sebab keletihan).Reaksi saya hanya bersahaja dan senyum tanpa banyak bercakap sambil mengemas barang2 saya.Masing2 tak berani bertegur sapa maklumlah masih segan,malu,takut.Keesokannay,bermulalah sesi 'Minggu Destini Siswa' selam 1minggu.Bagaikan 1bulan lamaya dengan pelbagai dugaan dan pengalaman.Kadang2 sampai tak sempat mandi(buat muka slamber ja la xda orang tahu).Yang paling teruk bagi saya ialah setiap hari sepanjang minggu tersebut menjadi orang terakhir yang balik ke bilik seorangan tanpa kawan sebab tak tahu arah balik ke hostel saya(malu tak terkata jadi macam rusa masuk kampung).Nak cerita pasal rommate2 saya semuanya dah jadi happening dan satu kepala.Tak kering gusi dibuatnya ada2 saja perkara yang dapat mengisi kesunyian.Saling ambil berat,tak kedekut makanan(separuh almari seorang roommate saya hanya dipenuhi dengan makanan..untung2),makan dan keluar bersiar2 bersama.Semuanya kenangan mpahit manis bersama.Inilah gunanya sahabat.
Sunday, 1 April 2012
Detik Pertama Coretanku Sebagai Blogger
Assalamualaikum wbt dan salam ukhuah...
Bermula dari 2 April 2012,maka bermula juga perjalanan hidup saya yang baru di alam maya ini.Terdetik di hati untuk berjinak-jinak mahu menjadi seorang blogger yang bukan hanya menjurus kepada perihal pribadi saya sahaja sebaliknya ingin berkongsi kepada rakan-rakan tentang info menarik,isu tuntas dan segala hal mahupun panduan berguna untuk dikongsi bersama.Saya bukanlah seorang genius atau golongan cerdik pandai tetapi hanyalah seorang mahasiswi biasa di salah sebuah ipt di utara semenanjung.
Tujuan utama saya mencipta blog bukan untuk mencari dan mengejar populariti mahupun ranking antara blogger-blogger di luar sana yang jauh lebih berpengalaman daripada saya yang hanya setahun jagung,sebaliknya hanya ingin berkongsi sesuatu kepada semua khususnya kepada sahabat-sahabat pena saya.Secara kebetulan saya menonton rancangan Safiyya di tv9 yang menceritakan perihal blog memberikan banyak manfaat dan menggantikan diari waima diselitkan juga kisah beberapa blogger aktif yang menarik minat saya kearah menjadi seorang blogger juga.Maka bermulalah coretan dan aktiviti saya di laman ini.
Sekian,wassalam....

Subscribe to:
Comments (Atom)